fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Kampar kekal 91 orang

(Foto hiasan)

KAMPAR, 12 Januari- Jumlah penduduk terjejas banjir di Kampar kekal 91 orang daripada 24 keluarga, setakat 10.00 malam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka iaitu di daerah Kampar.

PPS Sekolah Kebangsaan Sahom beroperasi menempatkan penduduk terjejas dari Kampung Sahom, Kampar.

PPS tersebut dibuka malam semalam selepas kampung terbabit dilanda banjir kilat susulan hujan lebat pada sebelah petang semalam.

Banjir kilat menyebabkan beberapa rumah di kampung berkenaan terjejas selepas paras air Sungai Rias naik mendadak.


(Banjir kilat menyebabkan beberapa rumah di kampung berkenaan terjejas selepas paras air Sungai Rias naik mendadak/Foto JBPM

 

Media Baharu