fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas akibat ombak besar, air pasang meningkat kepada 299

Keadaan rumah penduduk akibat ombak besar dan air pasang di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 14 Januari- Jumlah penduduk terjejas yang berpindah akibat ombak besar dan air pasang di dua daerah di Terengganu meningkat kepada 299 orang berbanding 80 orang yang dilaporkan semalam. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah berkenaan 285 penduduk berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kemaman iaitu di Dewan Serbaguna Kampung Kuala Kemaman dan Balai Raya Kampung Geliga Pantai.

Sementara itu, di daerah Dungun, 14 penduduk daripada lima keluarga masih lagi berlindung di PPS Balai Raya Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Bandar Paka sejak semalam.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI