fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas akibat hakisan ombak disaran berpindah

Hakisan ombak di Pekan Sungai Rengit, Kota Tinggi

KOTA TINGGI, 1 Februari- Kerajaan Negeri mencadangkan agar penduduk yang terjejas akibat hakisan ombak di Pekan Sungai Rengit, Kota Tinggi untuk berpindah ke lokasi yang selamat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin berkata, tindakan itu bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.

Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga telah diarahkan untuk memantau keadaan dan impak hakisan tersebut.

Terdahulu, seramai 12 individu daripada empat buah keluarga terjejas akibat hakisan ombak di Pekan Sungai Rengit, Kota Tinggi, pada 12 Januari lalu.

Ia berikutan fenomena air pasang besar, hujan berterusan dan musim monsun, menyebabkan hakisan pantai semakin buruk, sekali gus mengancam ekosistem setempat, infrastruktur serta keselamatan penduduk.

ROSLINA BINTI DIN