fb fb fb fb fb

Penduduk Pulau Pinang disaran kibar Jalur Gemilang

Foto BERNAMA

BUTTERWORTH, 2 Ogos- Penduduk Pulau Pinang disaran mengibarkan Jalur Gemilang bersempena bulan kemerdekaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata ia melambangkan semangat kebangsaan dan patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kawasan awam di negeri itu akan turut diberi tumpuan dengan pemasangan Jalur Gemilang terutama di pasar raya, pasar basah dan kawasan premis lain.

"Saya menyarankan semua penduduk Pulau Pinang untuk mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman, tempat bekerja, tempat awam dan di mana-mana sahaja.

"Pengibaran Jalur Gemilang itu menunjukkan Pulau Pinang menyambut bulan kemerdekaan dan kibar Jalur Gemilang secara besar-besaran," katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini.

Kon Yeow turut melepaskan konvoi kereta daripada jabatan dan agensi kerajaan negeri serta pusat yang akan menyusuri Jambatan Sultan Abdul Halim sebelum menamatkan konvoi.

Di Pulau Pinang, sambutan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Padang Kota Lama pada 31 Ogos.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM