fb fb fb fb fb

Penduduk kawasan tumpuan denggi, disaran ambil vaksin

Ling Tian Soon

JOHOR BAHRU, 2 November- Penduduk yang menetap di lokasi tumpuan kes denggi disaran mengambil vaksin denggi.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Tian Soon berkata, cadangan pengambilan vaksin itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Perangi Denggi Negeri Johor.

Ia susulan terdapat peningkatan kes demam denggi sebanyak 36.1 peratus pada minggu epid ke-43, berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Kerisauan penduduk terhadap gejala demam denggi atau kesihatan ahli keluarga boleh mengambil vaksin demam denggi.

"Ia sebagai langkah pencegahan terhadap penyakit itu. Namun ia adalah pilihan masing-masing sama ada ingin mengambil vaksin atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Peringkat Johor, di Sireh Park, Iskandar Puteri, di sini.

Bermula Januari hingga 29 Oktober lalu, kumulatif kes demam denggi direkodkan sebanyak 11,822 kes.

Selain perbincangan berkenaan turut diberi tumpuan dalam mesyuarat tersebut ialah persediaan menghadapi musim tengkujuh khususnya di negeri itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI