fb fb fb fb fb

Penduduk Kampung Parit Bengkok sambut Aidilfitri secara sederhana

Ketua Komuniti Parit Bengkok Ulu Senggarang, Mohd Halizan Rejab Ali

BATU PAHAT, 30 Mac - Di sebalik kerancakan persiapan Aidilfitri, suasana di Kampung Parit Bengkok, di sini, jauh berbeza.

Susulan banjir di kawasan itu sejak 19 Mac lalu, membuatkan penduduk meraikan lebaran kali ini, secara bersederhana.

Persiapan Aidilfitri juga terpaksa ditangguh bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan.

Menerusi tinjauan RTM pada tengah hari tadi, kebanyakan kediaman penduduk masih digenangi air.

"Kita dah peringkat awal memang kita dah sedia untuk baju raya anak-anak memandangkan seminggu terakhir Ramadan banjir ni masih termenjung belum surut jadi kita raya pada tahu ni ala kadar sahaja," kata Ketua Komuniti Parit Bengkok Ulu Senggarang, Mohd Halizan Rejab Ali.

"Persiapan tu secara keseluruhannya 95 peratus tergendala, cuma macam saya dan rakan-rakan lain yang kerja baru semalam kami dapat cuti dan hari ni baru mula nak mengemas," kata penduduk terjejas, Md Writh Sulong.

"Macam saya tidak boleh masak. Saya mungkin pergi ke rumah adik-beradik saya, dengan keadaan yang macam ni, dapur tak berapa elok lagi, jadi sukarlah saya nak sediakan juadah," kata Noridah Abdullah.

TETITIA YUSOFF