fb fb fb fb fb

Penduduk jumpa buaya dalam longkang

FOTO JBPM

KOTA SAMARAHAN, 28 Ogos- Seekor buaya ditemukan dalam longkang di Kampung Sungai Buluh, Sadong Jaya, di sini, Sarawak, petang semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan berhubung kejadian oleh penduduk pada pukul 3.55 petang.

Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Nor Aini Usop digerakkan ke lokasi kejadian.

Buaya yang berjaya ditangkap oleh pasukan bomba itu dibawa ke BBP Asajaya atas faktor keselamatan penduduk sebelum diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sarawak hari ini untuk tindakan selanjutnya.

2808 BOMBA BUAYA SARAWAK LONGKANG 2
FOTO JBPM

SITI AISHAH MD ISA