fb fb fb fb fb

Penduduk Jalan Atas Paloh dakwa pampasan RM1,500 tidak relevan

Salah seorang penduduk menunjukkan rumahnya yang dirobohkan

KOTA BHARU, 8 Januari- Fasa keempat perobohan rumah setinggan di Perkampungan Rumah Setinggan, Seksyen 5, Jalan Atas Paloh, Kota Bharu, Kelantan mencetuskan kontroversi dalam kalangan penduduk.

Penduduk mengkritik dan menganggap pampasan berjumlah RM1,500 diberikan oleh kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) tidak relevan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Kelantan, Mohamad Ezzat Zahrim Mohd Hanuzi menggesa pemimpin PAS Kelantan untuk memberi keadilan terhadap rakyat.

Penduduk kawasan tersebut mendakwa PKINK gagal menunjukkan surat waran atau kebenaran mahkamah untuk perobohan tersebut.

Turut menjadi tanda tanya apabila penempatan rumah setinggan itu dikatakan mendapat kebenaran Menteri Besar terdahulu.

Setakat ini, tiada ahli parlimen Kota Bharu atau wakil kerajaan yang tampil memberi penjelasan selepas isu ditularkan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE