fb fb fb fb fb

Penduduk diminta waspada dengan fenomena air pasang besar

KUALA LUMPUR, 30 November- Penduduk kawasan tepi pantai diingatkan bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan berikutan fenomena air pasang besar.

Menurut Pensyarah kanan, Geologi Kejuruteraan dan Mekanik Tanah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Nor Shahidah Mohd Nazer, fenomena itu merupakan satu kitaran pasang surut yang terjadi di tepi pantai akibat daripada tarikan graviti.

Jadual pasang surut yang dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membolehkan penduduk berwaspada bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku.



(Foto BERNAMA)

"Orang ramai disaran semak tarikh ramalan fenomena air pasang besar dan perlu memastikan tiada mana-mana saluran tersumbat untuk memastikan aliran air mengalir dengan lebih baik. Beting pasir juga amat berguna ketika fenomena ini kerana ia memperlahankan air masuk ke dalam rumah," kata Nor Shahidah selepas ditemu bual di Angkasapuri di sini.

Nor Shahidah turut menasihati orang ramai agar tidak beriadah ke kawasan pantai jika amaran fenomena itu dikeluarkan.

Media Baharu