Penduduk diminta kosongkan kediaman akibat risiko tanah runtuh

KUALA LUMPUR, 24 November -Penduduk di sekitar kawasan kejadian tanah runtuh terutama di dua blok pangsapuri kediaman di Jalan Sepadu 6, Taman United, Seputeh di sini memberi kerjasama diminta memberi kerjasama untuk mengosongkan rumah kediaman mereka.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penduduk di dua blok pangsapuri Jalan Sepadu 6, Taman United diminta mengosongkan kediaman akibat risiko tanah runtuh.
  • 52 daripada 104 unit berisiko tinggi telah mematuhi arahan dan sebahagian ditempatkan di Pusat Komuniti Sri Petaling.
  • Ahli Parlimen Teresa Kok menggesa penghuni Blok C segera berpindah dan terima kasih kepada agensi serta pihak yang membantu.

Setakat ini, penduduk daripada 52 unit daripada 104 unit yang dikhuatiri berisiko tinggi telah mematuhi arahan pihak berkuasa, dengan sebahagian daripada mereka ditempatkan di Pusat Komuniti Sri Petaling.

Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh menggesa penduduk di blok C yang berdepan risiko tanah runtuh supaya tidak menunggu keadaan menjadi lebih buruk.

“Saya ingin mengingatkan penduduk di Blok C yang berisiko tinggi supaya segera mengosongkan kediaman mereka. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak bomba, polis, DBKL, dan pihak kuil yang menyediakan tempat untuk penduduk berkumpul,” katanya.