fb fb fb fb fb

Pendigitalan perkhidmatan: JPJ jamin tiada pengurangan kakitangan dan anggota

(Zainal Azman (kiri) dan Zailani (tengah) pada Konvensyen JPJ 2022 di Putrajaya)

PUTRAJAYA, 22 Mac - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi jaminan tiada pengurangan jumlah kakitangan dan anggotanya, meski kerajaan melaksanakan pendigitalan perkhidmatan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata kakitangan JPJ yang terlibat akan ditugaskan untuk melaksana dan memastikan kelancaran advokasi dan penguatkuasaan.

"Bukan kita kurangkan kaunter kita pecat pegawai dan anggota tidak ada. Sesetengah orang salah faham, kita gerakkan untuk tugasan lain. Menggerakkan warga kerja kepada aspek advokasi dan penguatkuasaan," katanya.

(Zailani Hashim)

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Konvensyen JPJ 2022 di sini, hari ini.

Turut hadir merasmikan penutup Konvensyen, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Zainal Azman Abu Seman.

Zainal Azman memaklumkan, lebih 7,000 daripada 8,000 kuota perjawatan pelbagai pangkat JPJ telah diisi ketika ini.

Manakala baki kuota perjawatan itu akan diisi dalam masa terdekat.

Media Baharu