fb fb fb fb fb

Pendidikan Karakter tunjang Kurikulum Persekolahan 2027

Pengenalan kepada mata pelajaran itu menjadi teras bagi pembinaan karakter murid.

KUALA LUMPUR, 16 Oktober - Mata pelajaran Pendidikan Karakter akan dimasukkan dalam kurikulum baharu sekolah. 

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pengenalan kepada mata pelajaran itu disifatkan amat penting dan menjadi teras yang dapat membina karakter murid. 

Menurut beliau, KPM akan menilai semula kurikulum sedia ada dan memastikan aspek pembentukan sahsiah murid diberi penekanan sewajarnya. 

"Antara perkara kita sedang lakukan ketika ini adalah membuat persiapan kurikulum 2027 yang baharu yang mana dalam kurikulum ini, terdapat satu mata pelajaran yang penting dan menjadi teras, iaitu Pendidikan Karakter.

"Pendidikan Karakter ini menjadi tunjang kepada kurikulum baharu yang berkait rapat dengan nilai akhlak peribadi yang sudahpun ada dalam kurikulum kita.

"Bermula tahun hadapan, kurikulum ini dimulakan di prasekolah yang terkait rapat dengan Pendidikan Karakter ini dan akan menjadi tunjang dan terus menjadi perhatian penuh," katanya ketika menjawab soalan tambahan Wakil Temerloh, Salamiah Mohd Nor semasa persidangan Dewan Rakyat.

MASNIZA AWANG KECHIK