fb fb fb fb fb

Pendekatan terbaik imbangi beban kewangan industri pelancongan diambil

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Kerajaan sedang meneliti pendekatan terbaik dalam membantu mengimbangi beban kewangan yang ditanggung industri pelancongan susulan, kenaikan harga diesel.

Ke arah itu satu sesi libat urus bersama-sama penggiat industri termasuk wakil persatuan agensi pelancongan dan bas persiaran pada 3 Julai lepas dilaksana bagi membincangkan langkah-langkah yang wajar diambil.

Jelas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan maklum balas itu penting dalam memastikan penggiat industri dapat menyampaikan perkhidmatan berkualiti kepada pelancong dan pada masa sama masih mengekalkan harga kompetitif.

"MOTAC dan Kementerian Kewangan telah mengadakan sesi libat urus dengan penggiat industri pelancongan seperti wakil persatuan persatuan agensi pelancongan dan persatuan bas persiaran pada 3 Julai 2024.

"Sesi libat urus ini bertujuan membincangkan dan mendapatkan maklum balas serta cadangan untuk membantu pihak industri dalam mengimbangi tanggungan atau beban kewangan susulan kenaikan harga diesel dengan keperluan untuk terus menyampaikan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelancong dan mengekalkan harga perkhidmatan yang kompetitif," kata Khairul Firdaus, di Dewan Rakyat.

Penyataan bagi menjawab soalan Senator Datuk Razali Idris yang ingin tahu tindakan segera kerajaan dalam mengenal pasti peneraju industri pelancongan terutama di kawasan kepulauan yang banyak menggunakan bahan diesel berikutan kenaikan mendadak harga perkhidmatan ditawarkan.

TETITIA YUSOFF