fb fb fb fb fb

Pendakwah disyaratkan mohon tauliah mengajar

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal) Senator Dr Zulkifli Hasan

KUALA LUMPUR, 1 April - Jabatan Mufti Negeri-Negeri mensyaratkan mana-mana pendakwah supaya memohon permohonan tauliah mengajar.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal) Senator Dr Zulkifli Hasan berkata, ia bagi mengawal individu-individu dari dalam dan luar negara yang tidak berkelayakan menyampaikan pengajaran di premis yang dibenarkan.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal) Senator Dr Zulkifli Hasan memaklumkan tindakan itu dilaksanakan agar semua pendakwah memberikan pengajaran bertepatan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mengajak kepada perpaduan.

"Pemikiran yang menyemai kebencian ini perlu ditangani dengan bersepadu dan saksama menerusi dialog berserta dakwah dengan hikmah, pendekatan yang rahmah, tindakan yang berpaksikan hujah dan tindakan penguatkuasaan.

"Oleh itu umat Islam perlu bersatu dalam membina kekuatan dan menguruskan sebarang bentuk perselisihan dengan santun dan tenang, rahmah dan tidak marah-marah supaya tidak membawa kepada perpecahan yang merugikan dan merapuhkan  ummah," katanya.

Dr Zulkifli menjawab soalan yang dibangkitkan Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, di Dewan Negara.

TETITIA YUSOFF