fb fb fb fb fb

Pencemaran bau di Sungai Tiram: Siasatan diperluas

(Foto fail)

JOHOR BAHRU, 3 Ogos- Siasatan berhubung pencemaran bau yang berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiram dan Sekolah Agama  (SA) Sungai Tiram, Johor Bahru akan diperluas melibatkan kerjasama antara kerajaan negeri dengan agensi utama seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), bomba dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar berkata siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca berlakunya pencemaran bau hingga menyebabkan 39 orang termasuk 23 murid dan dua guru pening dan muntah.

Menurut beliau, JAS Johor telah mengambil sampel dari enam buah kilang di kawasan Ulu Tiram, namun hasil ujian mendapati kilang tersebut bukan punca pencemaran berlaku.

(K. Raven berkata siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca berlakunya pencemaran
bau hingga menyebabkan 39 orang termasuk 23 murid dan dua guru pening dan muntah)

"Lima hingga enam kilang semua berlesen. Bermula dengan kilang yang disyaki. Selepas ini kita akan ke kilang-kilang lain dalam radius satu hingga dua kilometer.

"Mereka (JAS Johor) akan pergi periksa semua kilang dan premis komersial. Selain itu kita kena jaga juga kawasan perumahan," kata K. Raven selepas melakukan tinjauan di sebuah kilang yang menjalankan aktiviti menyimpan dan memproses minyak sawit serta lawatan ke SK Sungai Tiram di Balai Raya Sungai Tiram, di sini.

Operasi ini akan dilaksanakan selama seminggu.

Sehingga hari ini bacaan dan kualiti udara di kawasan berkenaan adalah normal dan tiada lagi bau busuk.

Bagaimanapun pemantuan yang kerap tetap dlaksanakan. 

Media Baharu