fb fb fb fb fb

Pencarian komando yang dikhuatiri lemas disambung semula

SERKAM, 8 Februari- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pagi ini menyambung semula pencarian komando tentera darat, Lans Koperal Edrin Daintin, 25 tahun, yang dikhuatiri lemas di Pulau Undan, Merlimau semalam.

Operasi hari ini menggunakan aset udara, dengan kawasan pencarian diperluas sehingga lebih 10 batu nautika.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kapten Maritim Iskandar Ishak berkata operasi pencarian dihentikan pukul 7.30 malam tadi selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui jalan buntu.

Meskipun operasi dihentikan, namun Maritim Malaysia masih meneruskan usaha pencarian dengan bantuan komuniti nelayan yang berada di perairan tersebut.

"Radius pencarian tentunya kita akan luaskan pada esok hari kalau kita tengok arus sekarang ni agak kuat sebenarnya dan angin pun agak kencang. Jadi kita akan luaskan pencarian pada esok hari dengan bantuan helikopter dan mungkin ada kapal terbanglah. Ia bergantung pada cuaca,cuaca yang buruk akan merumitkan lagi keadaan dan juga jarak penglihatan yang terhad. Kalau hari hujan dan sebagainya dan juga berkabus," kata Iskandar ketika ditemui pemberita di Jeti Parameswara, Umbai, di sini.

Menurut laporan media, ketika kejadian, mangsa yang bertugas di Unit Skuadron Bot Kombatan Rejimen 22 Komando Kem Iskandar Mersing, Johor, memakai pakaian kursus dan peralatan menyelam.

(Pencarian komando yang dikhuatiri lemas disambung semula)

Media Baharu