fb fb fb fb fb

Pencapaian keputusan STPM di Kelantan membanggakan

KOTA BHARU, 18 Ogos - Pencapaian peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 negeri Kelantan menyaksikan peningkatan membanggakan.

Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) calon sekolah kerajaan meningkat kepada 2.92 mengatasi keputusan diperingkat nasional sebanyak 0.13 mata, iaitu 2.79.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Kelantan, Mohd Zin Halim berkata peratusan lulus penuh keseluruhan bagi 3,421 calon yang menduduki peperiksaan itu juga menunjukkan peningkatan iaitu 99.36 peratus berbanding peringkay nasional, 0.81 peratus.

(Mohd Zin bercakap kepada pemberita pada majlis pengumuman
keputusan peperiksaan STPM Tahun 2021 di Tunjong)

"Calon Stpm negeri Kelantan yang mendapat kelulusan 4 dan 5 prinsipal tahun 2021 ialah 82.90% atau 2836 calon berbanding dengan pencapaian peringkat nasional iaitu 74.04 % atau 30,302 calon. Ini menunjukkan pencapaian peringkat negeri Kelantan mengatasi peringkat nasional sebanyak 8.86%, tahniah atas pencapaian yang menunjukkan banyak peningkatan," kata Mohd Zin di sini.

Pada peperiksaan itu juga, 57 calon telah memperoleh PNGK 4.0 dan daripada jumlah tersebut, 38 calon memperolehi semua A bagi lima mata pelajaran manakala 19 calon memperolehi 4A daripada empat mata pelajaran yang diduduki.

Sebanyak 45 buah sekolah daripada 60 buah sekolah kerajaan di negeri itu berjaya mencapai keputusan kelulusan 100 peratus pada peperiksaan STPM 2021 manakala 15 sekolah lagi mencapai 91.67 peratus ke atas dan kebanyakannya adalah sekolah luar bandar.

Pencapaian calon orang asli juga memberangsangkan apabila enam calon yang menduduki peperiksaan di SMK Tg Indera Petra 1 di Gua Musang menunjukkan peningkatan.

Media Baharu