KUALA LUMPUR, 2 April- Polis sedang memburu dua individu berhubung penahanan lelaki bersenjata Israel.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata polis juga sedang menyiasat dakwaan kemungkinan suspek merupakan pengintip.
"Sudut siasatan kita berbagai, kita perlu mengetahui motif dahulu.
"Motif ini sekurang-kurangnya pengakuan daripada tangkapan itu sendiri warga negara Israel atau ada maklumat maklumat lain yang kita dapati dari luar untuk kita pastikan dalam siasatan ini juga masih ada dalam radar untuk menangkap lebih dari dua orang", katanya dalam Sidang Media Khas di Bukit Aman.
Katanya, setakat ini tangkapan melibatkan lelaki Israel sebagai suspek utama dikenali Shalom Avitan, 38, dan pasangan suami isteri tempatan berusia 42 dan 40 tahun.
Dalam sidang media sama, beliau berkata identiti individu diburu, adalah berdasarkan maklumat siasatan dan keterangan daripada suspek yang ditahan.