GEORGE TOWN, 31 Julai - Pemilikan rumah merupakan satu indikator kepada kesejahteraan menyeluruh hidup rakyat.
Bagaimanapun, ia perlu dibangunkan di lokasi strategik serta dilengkapi sokongan sosial dan keselamatan.
Profesor Bahagian Ekonomi, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Saidatulakmal Mohd berkata, ini termasuk jarak perumahan dengan infrastruktur kemudahan awam.
" Selain itu, ia wajar disertakan dengan program pembiayaan yang mampu ditanggung khususnya golongan berpendapatan rendah", katanya.
Prof. Dr. Saidatulakmal turut menyokong inisiatif pembelian rumah berkonsepkan sewa beli yang dinyatakan dalam pembentangan itu.
Ia bakal memberi peluang kepada rakyat memiliki rumah yang selesa dan selamat melalui pelbagai lima inisiatif kerajaan Madani.
Satu juta rumah mampu milik akan dibina bermula tahun depan sehingga 2035 menerusi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke -13 (RMK13).