KUALA LUMPUR, 26 Jun - Semua langkah perlu dirangka agar pemerkasaan ekonomi dapat memacu pertumbuhan dan pembangunan, termasuk dalam menarik pelaburan langsung asing dan domestik.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ke arah itu, hanya reformasi positif mampu menjamin kestabilan sosial, daya tahan ekonomi dan tadbir urus yang baik untuk negara.
"Pemerkasaan ekonomi tetap menjadi asas utama. Kita boleh menganjur persidangan tanpa sebarang sokongan kewangan. Jadi kita tidak boleh menyerahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada rakan kongsi.
"Kita mesti melakukan apa sahaja yang perlu untuk menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan, menarik pelaburan domestik dan pelaburan langsung asing. Tetapi itu sahaja tidak mencukupi untuk mencapai pemerkasaan yang sebenar...ia mesti mempunyai matlamat dan tujuan.
"Sebab itulah kita juga bercakap tentang pemerkasaan budaya. Lazimnya disebut sebagai budaya, tetapi sebenarnya ia bukan sekadar budaya, merupakan nilai, etika, akhlak, shahsiah iaitu watak yang sepatutnya membezakan tentang pembangunan dan kelestarian." katanya.
Tambahnya juga pemimpin dan institusi perlu komited kepada perubahan serta menerapkan nilai-nilai yang berteraskan keadilan dan integriti.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Simposium Kepimpinan ASEAN MADANI di ibu negara.