fb fb fb fb fb

Pemergian Tun Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Fadillah

Datuk Seri Fadillah Yusof

SUBANG JAYA, 21 Februari- Pemergian Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud disifatkan satu kehilangan besar buat negara khususnya negeri Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Allahyarham banyak membantu dalam penstabilan politik, perpaduan kaum, dan asas perkembangan ekonomi negeri Sarawak.

Fadillah berkata kehilangan itu turut dirasa kepimpinan dan rakyat negeri Sarawak kerana sumbangan allahyarham dalam mentadbir dan memacu kejayaan negeri itu.

"Saya sendiri sedih banyak asuhan, didikan dan banyak pesanan diberikan selain memperjuangkan Sarawak dan juga negara supaya menjadi negara yang maju. Rakyat juga dapat hidup bersatu padu dan harmoni," katanya kepada media selepas memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Tun Abdul Taib Mahmud yang berlepas ke Lapangan Antarabangsa Kuching kira-kira pada pukul 2.00 petang tadi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI