fb fb fb fb fb

Pemergian Tun Abdul Taib, kehilangan besar buat Sarawak dan negara- TPM

FOTO FB Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 21 Februari- Pemergian bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud disifatkan sebagai kehilangan yang besar kepada Sarawak dan negara.

Menerusi catatan di Facebook hari ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Ketua Menteri Sarawak itu.

“Sedih dan dukacita di atas perginya negarawan, Ayahanda Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud, bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak dan bekas Ketua Menteri Sarawak, awal pagi ini di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

“Pemergian Almarhum adalah satu kehilangan besar bukan sahaja buat Sarawak, malah juga negara. Almarhum juga pernah berkhidmat sebagai menteri di peringkat Persekutuan sebelum kembali ke Sarawak. Ya Allah, Ya Tuhanku...ampunilah dia,” katanya.

Turut merakamkan ucapan takziah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Satu kehilangan besar buat rakyat Malaysia khususnya rakyat Sarawak kerana Allahyarham memainkan peranan yang cukup penting dalam mentadbir dan memacu kejayaan Negeri Sarawak sehingga kini.

“Terlalu banyak kenangan saya bersama Allahyarham. Beliau merupakan seorang yang mudah didekati dan sentiasa istiqomah menyantuni masyarakat. Semoga Allah SWT menerima segala amal baktinya dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan insan soleh serta beroleh jannah,” kata Ahmad Zahid.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE