fb fb fb fb fb

Pemergian Palanivel satu kehilangan besar – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian bekas Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel sebagai satu kehilangan besar kepada negara / Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian bekas Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, Perdana Menteri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang serta menzahirkan penghargaan terhadap jasa dan sumbangan besar mendiang sepanjang penglibatannya dalam pentadbiran negara.

“Mendiang Datuk Seri G. Palanivel banyak berjasa dalam memperjuangkan hak masyarakat India, membangunkan kawasan luar bandar dan memelihara alam sekitar. Legasi beliau akan terus dikenang dalam sejarah negara,” katanya.

Palanivel yang pernah menjawat jawatan Ahli Parlimen serta memegang pelbagai portfolio penting dalam kerajaan sejak 1990, turut dikenang atas kepimpinannya dalam parti dan komitmen terhadap perpaduan negara.

Datuk Seri Anwar turut mendoakan agar keluarga mendiang dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat kehilangan ini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN