KUALA LUMPUR, 24 November- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah atas pemergian Seniman Negara, Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan, dengan rasa dukacita yang mendalam.
Beliau turut mengutus takziah kepada seluruh anggota keluarga aset seni negara itu.
Menerusi hantaran di platform media sosial, Datuk Seri Anwar berkata negara kehilangan seorang tokoh dan permata seni yang begitu besar jasanya dalam memperkayakan landskap muzik tanah air.
"Bukan sahaja menjadi warisan seni, tetapi juga menjadi pengikat perpaduan masyarakat.
Allahyarham bukan sekadar komposer dan pemuzik unggul, tetapi juga jiwa seni Malaysia yang berjaya menyentuh hati jutaan rakyat menerusi karya-karya puitis yang indah dan bermakna," kata kenyataan itu.
Jasa allahyarham akan sentiasa dikenang sebagai legenda yang tiada galang gantinya.