KUALA LUMPUR, 2 Ogos- Pemegang Lesen Memandu Malaysia kelas B1 dan B2 selama lebih 10 tahun akan layak menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh, bermula 1 Oktober depan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pemohon bagaimanapun perlu memenuhi syarat ditetapkan.
Antaranya menghadiri dan lulus program peralihan serta penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di institut memandu dengan kos yuran sebanyak RM160.
Beliau berkata pemohon perlu menjalani program amali penunggangan, informasi pemanduan selamat dan informasi pengoperasian motosikal berkuasa besar, untuk tempoh dua jam sahaja.