fb fb fb fb fb

Pemecatan Isham Jalil, muktamad- Zahid

Isham Jalil / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Disember-  Keputusan memecat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO) Isham Jalil daripada parti itu dibuat oleh MT parti dan ia adalah muktamad.

Jelas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid, keputusan tersebut boleh dilakukan tanpa perlu melalui Jawatankuasa Disiplin.

"Apabila menghina parti sendiri dan mengecil-ngecilkan UMNO  sebagai sebuah parti yang dianggotainya, ertinya tindakan itu dilakukan oleh Majlis Tertinggi supaya tidak ada usaha-usaha 'tikus memperbaiki labu' ini di dalam UMNO itu sendiri.

"Orang itu kalau ada lagi dalam UMNO akan rosak lagi UMNO," katanya,"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pelancaran Zcert di ibu negara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE