fb fb fb fb fb

Pembukaan sempadan 1 April, Negeri Sembilan giat promosi industri pelancongan

SEREMBAN, 26 Mac- Pembukaan sempadan negara pada 1 April ini dijangka memberi impak positif kepada industri pelancongan di Negeri Sembilan.

Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan, Siti Mazlina Maidin berkata, pihaknya berperanan dalam membantu industri itu bangkit semula dengan cara mempromosi sektor perhotelan khususnya di kawasan Port Dickson.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya juga berperanan dalam membuat dasar bagi membolehkan sasaran yang diletakkan oleh kerajaan negeri dalam sektor pelancongan dapat dicapai.

"Memang pada asasnya apa yg kita lihat keadaan sekarang ni mana pasaran domestik tu sendiri kita dah mencapai sasaran, jadi apabila pintu sempadan antarabangsa dibuka nanti saya rasa tiada masalah untuk mencapai sasaran itu," kata Mazlina.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran MAH NS Negeri Sembilan Food Festival 2022 di Seremban.

Penganjuran Festival Makanan Negeri Sembilan itu adalah kali ketiga sebagai platform untuk memperkenal dan mempromosi makanan Negeri Sembilan.

Pelancaran disempurnakan dengan promosi bufet Ramadan daripada hotel yang ada di Negeri Sembilan.


(Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan, Siti Mazlina Maidin menghadiri MAH NS Negeri Sembilan Food Festival 2022)

Media Baharu