fb fb fb fb fb

Pembinaan Pusat Kanser Sarawak akan diputuskan selepas mekanisme kewangan dimuktamadkan

Datuk Lukanisman Awang Sauni menghadiri Sesi Libat Urus Bersama Pemain Industri Peranti Perubatan Di Sarawak 2024 di Kuching

KUCHING, 14 Februari- Kerja-kerja awalan termasuk reka bentuk bagi pembinaan Pusat Kanser Sarawak akan diputuskan selepas mekanisme kewangan dimuktamadkan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni memberitahu ianya bukan perkara yang mudah kerana ia merupakan pertama kali kerajaan negeri bersetuju untuk menyediakan peruntukan untuk membina fasiliti kesihatan.

Jelasnya, perbincangan sedang dijalankan dalam sebuah jawatankuasa khas iaitu antara Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan dan kerajaan negeri.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas Sesi Libat Urus Bersama Pemain Industri Peranti Perubatan Di Sarawak 2024 di Kuching hari ini.

Katanya, proses tersebut juga turut akan membincangkan berkaitan pengoperasian yang akan dikendalikan oleh KKM sendiri sesuai dengan permintaan kerajaan negeri.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE