fb fb fb fb fb

Pembinaan loji rawatan air baharu selesaikan masalah air Bukit Panchor

Foto RTM

NIBONG TEBAL, 15 Jun-Masalah air yang dihadapi penduduk Sungai Bakap dan Seberang Perai Selatan bakal diselesaikan dengan pembinaan loji rawatan air di Bukit Panchor yang bernilai RM18.6 juta

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir.K.Pathmanathan berkata loji air berkenaan mampu mengeluarkan kira-kira 10 juta liter air dalam sehari dan bakal memulakan operasinya pada Disember.

Jelas Patmanathan, pembinaan loji air rawatan itu juga akan menyelesaikan kira-kira 1500 aduan pengguna yang menghadapi masalah disebabkan gangguan air.

"Bukan masalah baru. Ia adalah masalah yang berlaku sejak lima atau enam tahun dan berterusan.Projek-projek yang kita buat ini tidak boleh siap dalam satu hari. Ini adalah projek-projek besar enam bulan atau satu tahun yang memerlukan sekurang-kurangnya setahun.

"Jadi kita kena buat perancangan yang betul", katanya demikian kepada pemberita selepas Majlis Pembukaan Loji Air di Bukit Panchor yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow di sini.

Tambah Pathmanathan, punca utama masalah air di kawasan Sungai Bakap dan kawasan berkaitan adalah disebabkan penggunaan air yang tinggi kerana peningkatan populasi serta pengoperasian industri sekitar daerah Seberang Perai Selatan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD