fb fb fb fb fb

Kapal LCS pertama bakal siap dibina hujung tahun ini- Adly

FOTO FB Kementerian Pertahanan Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Disember- Status kemajuan semasa bagi perolehan kapal tempur pesisir (LCS) pertama Tentera Laut Diraja Malaysia yang berakhir pada 25 Oktober lepas mencapai 70.10 peratus.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata pengukuran tahap kemajuan itu merangkumi elemen reka bentuk, proses pembinaan, peralatan dan ujian.

"Berdasarkan perancangan perbatuan yang terkandung dalam kontrak yang ditandatangani, fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama akan dapat disiapkan pada hujung tahun ini sebelum ia menjalani ujian seperti Harbour Acceptance Test dan Sea Acceptance Trial oleh TLDM untuk tempoh dua tahun.

"Bagi kapal LCS kedua, ia akan turun ke permukaan air pada 2025 sebelum menjalani ujian HAT dan SAT," katanya.

Penyataan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz.

Tambahnya, mesyuarat mingguan dan bulanan bersama pihak Lumut Naval Shipyard turut diadakan bagi memantau perkembangan pelaksanaan projek LCS.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE