
- Mohon pertimbangan pembesaran Hospital Seri Manjung untuk menampung keperluan perkhidmatan kesihatan meningkat.
- Hospital beroperasi sejak 1995 kini berdepan tekanan kapasiti walaupun bangunan tambahan telah berfungsi.
- Kadar penggunaan katil mencapai 91 peratus, antara tertinggi di Perak.
- Permintaan supaya Kementerian Kesihatan tambah fasiliti dan tenaga kesihatan bagi memastikan perkhidmatan terjamin.
SERI MANJUNG, 21 Februari – Kerajaan Persekutuan dimohon mempertimbangkan pembesaran Hospital Seri Manjung bagi menampung keperluan perkhidmatan kesihatan yang semakin
meningkat di daerah Manjung.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata hospital yang beroperasi sejak 1995 itu kini berdepan tekanan kapasiti susulan pertambahan penduduk dan perkembangan ekonomi setempat.
Menurutnya, walaupun bangunan tambahan baharu siap tahun lalu dan telah beroperasi, kemudahan sedia ada masih belum mencukupi untuk keperluan rawatan bagi lima hingga sepuluh tahun akan datang.
Beliau berkata demikian selepas melawat hospital berkenaan serta menyampaikan sumbangan Ramadan kepada kira-kira SERIBU petugas kesihatan dan pesakit.
Kadar penggunaan katil atau Bed Occupancy Rate hospital itu kini mencecah 91 peratus, antara yang tertinggi di Perak.
Beliau berharap Kementerian Kesihatan memberi perhatian serius terhadap pembesaran hospital serta penambahan tenaga kesihatan bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat terus terjamin.