JOHOR BAHRU, 17 September- Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam di sini sedang dijalankan dan dijangka selesai pada Ahad, 22 September ini.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata kerja pembersihan melibatkan penggalian serta pengeluaran sisa bahan kimia dan tanah tercemar, yang akan diproses mengikut prosedur ditetapkan.
Orang ramai juga diminta untuk memberi kerjasama semasa proses pembersihan berlangsung.
Keselamatan kawasan adalah keutamaan utama dan pihak berkuasa akan memastikan kerja-kerja tersebut dijalankan dengan teliti untuk melindungi kesihatan awam dan persekitaran.
Pada 9 September lalu, polis menahan seorang pemandu dan seorang kelindan lori berumur 23 dan 28 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes pencemaran bau di daerah tersebut, serta kes sama di Kota Tinggi.