fb fb fb fb fb

Pemberian e-MADANI, tidak beri kesan inflasi - Ahmad Maslan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 5 Disember- Pemberian kredit e-dompet, e-MADANI bernilai RM100 kepada 10 juta rakyat yang layak, dijangka tidak akan menyumbang kepada peningkatan kadar inflasi Malaysia.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ia berikutan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1 bilion bagi program berkenaan adalah lebih kecil berbanding angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Malah, jumlah RM1 bilion itu akan memberi kesan pengganda dalam pasaran wang.

Justeru, ia tidak akan menjejaskan RM1.8 trilion nilai KDNK negara.

Inisiatif daripada Kementerian Kewangan itu bertujuan menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Bantuan kredit e-MADANI yang dilaksanakan secara sekali bayar, dibuka bagi pendaftaran dan tuntutan mulai semalam hingga 20 Februari 2024.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM