fb fb fb fb fb

Pembenihan awan, dilaksana ikut keperluan - Nik Nazmi

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad

MELAKA, 20 Mac - Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sedang memantau perkembangan paras air empangan yang menurun di setiap negeri berikutan cuaca panas ketika ini.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pihaknya juga bersiap sedia untuk melakukan pembenihan awan di kawasan empangan sekiranya berlaku penurunan paras air.

"Kita akan ambil kira beberapa faktor (sebelum membuat pembenihan awan) kerana kos terlibat adalah tinggi, maknanya bila kita buat operasi pembenihan awam, kita hendak ia berhasil, kalau tidak ia dibazirkan begitu sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Syarikat Megatrex Plastic Industries Sdn Bhd, di Durian Tunggal, di sini.

Tambah Nik Nazmi, setakat ini belum ada negeri yang membuat permohonan untuk melakukan proses tersebut.

Sehingga kini, negeri Perlis dan Kawasan Pokok Sena di kedah kekal sebagai kawasan paling panas dengan catatan suhu direkodkan antara 35 hingga 37 darjah celsius.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN