fb fb fb fb fb

Pembekuan pengambilan pekerja asing kekal - Steven Sim

Kerajaan masih kekal dengan keputusan untuk membekukan permohonan kuota pengambilan pekerja asing / Foto Hiasan / Bernama

BANGI, 17 Ogos - Kerajaan masih kekal dengan keputusan untuk membekukan permohonan kuota pengambilan pekerja asing.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim menegaskan ketika ini, tiada sebarang permohonan baharu untuk pengambilan pekerja asing untuk sektor-sektor sudah dibekukan.

"Saya rasa mungkin ada sedikit salah faham ataupun kesilapan dari segi pemahaman. Buat masa ini, saya masuk kementerian (KESUMA), sampai sekarang kuota baru permohonan untuk pekerja asing di sektor-sektor formal telah pun dibekukan.

"Jadi tidak ada permohanan untuk sektor formal kecuali baru-baru ini kelonggaran diberikan sektor perladangan sebab ada isu pekerja, itu isu lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Istiadat Konvokesyen ILJTM kali ke-27, di sini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN