fb fb fb fb fb

Pembekalan beras: NAFAS sedia bantu BERNAS

Beras

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sedia terlibat langsung dalam rantaian pembekalan beras.

Kesediaan itu bagi membantu Padiberas Nasional Bhd, (BERNAS) untuk mencapai kadar harga beras yang lebih munasabah sekali gus memecah penguasaan kartel dalam industri berkenaan.

Cadangan itu mengambil kira kemampuan NAFAS dalam menyediakan rantaian pembekalan di peringkat awal.

Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata perkara itu akan di bawa ke Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) esok.

"Penglibatan daripada awal perjanjian tanah sehingga pengeluaran beras, perjanjian beras mampu dibuat NAFAS dan NAFAS akan bersama-sama dalam membantu kerajaan untuk berhadapan dengan tekanan kartel dan menjual beras dengan harga lebih munasabah supaya kos sara hidup dapat dikurangkan dan harga beras lebih stabil", katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media di Parlimen.

ROSLINA BINTI DIN