fb fb fb fb fb

Pembantu Penerbitan RTM meninggal dunia akibat sesak nafas

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 3.30 pagi di kediamannya di Klang, Selangor / Foto RTM

KLANG, 2 Disember – Pembantu Penerbitan, Unit Majalah dan Dokumentari Radio Televisyen Malaysia (RTM), Mohd Khairuddin Mat Zaib, 42, meninggal dunia awal pagi tadi selepas mengadu sesak nafas.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 3.30 pagi di kediamannya di Klang, Selangor.

Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat sebelum dimandikan dan disolatkan di Masjid Kampung Batu Belah, Klang.

Jenazah kemudian akan dibawa pulang ke Kelantan untuk dikebumikan.

Mohd Khairuddin telah berkhidmat selama 18 tahun bersama RTM.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada keluarga, rakan sekerja dan seluruh warga RTM.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN