fb fb fb fb fb

Pembangunan WTE: Kawasan pembangunan di 10 negeri dikenal pasti

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR, 1 Julai- Pembangunan 18 loji sisa pepejal kepada tenaga (WTE) di Semenanjung Malaysia masih di peringkat perancangan.

Bagaimanapun, kerajaan sudah mengenal pasti kawasan yang bersesuaian di 10 negeri, antaranya Kedah, Terengganu, Johor dan Kuala Lumpur.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, kaji selidik dan perbandingan dengan negara maju yang telah mengguna pakai teknologi canggih itu, sedang dilaksanakan.

"Selaras dengan konsep ekonomi kitaran bagi pengurusan sisa pepejal yang mampan, justeru Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSN) telah merancang untuk membangunkan 18 loji WTE di Semenanjung Malaysia menjelang tahun 2040.

"Ketika ini pembinaan WTE tersebut masih di peringkat perancangan dan pelaksanaannya tertakluk kepada kemampuan kedudukan fiskal kewangan kerajaan serta kemampanan modal WTE yang ditawarkan", katanya dalam sesi Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan wakil Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkenaan senarai 18 lokasi pembinaan loji 'waste to energy (WTE)’ atau sisa kepada tenaga di seluruh negara, termasuk di Pulau Pinang.

ROSLINA BINTI DIN