Pembangunan negara perlu berteras kebajikan rakyat – PM

Bendera Wilayah Persekutuan/RTM

KUALA LUMPUR, 1 Februari – Pembangunan negara tidak seharusnya dinilai hanya berdasarkan ketinggian bangunan, kemajuan fizikal atau kemodenan prasarana, sebaliknya perlu berteraskan kehidupan serta kebajikan rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembangunan mesti berteraskan kehidupan dan kebajikan rakyat, bukan hanya kemajuan fizikal.
  • Setiap usaha pembangunan perlu berpaksikan keadilan dan memenuhi keperluan masyarakat.
  • Pelaksanaan inklusif penting supaya manfaat dinikmati secara saksama oleh seluruh lapisan masyarakat.
  • Semangat ihsan, saling menghormati dan kebersamaan Kerajaan MADANI perlu diperkukuh bagi kesejahteraan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan setiap usaha pembangunan mesti berpaksikan keadilan dan keperluan masyarakat, selain memastikan tiada kelompok yang tercicir daripada arus kemakmuran negara.

“Pembangunan negara tidak wajar hanya diukur melalui kemajuan fizikal semata-mata, tetapi perlu menyentuh kehidupan dan kebajikan rakyat dengan setiap langkah ke hadapan berpaksikan keadilan,” katanya.

Menurut beliau, segala usaha pembangunan perlu dilaksanakan secara inklusif agar manfaatnya dapat dinikmati secara saksama oleh seluruh lapisan masyarakat.

“Tiada kelompok yang wajar tercicir daripada arus kemakmuran, kerana hasil pembangunan harus dikongsi bersama demi kesejahteraan rakyat,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa semangat ihsan, saling menghormati dan kebersamaan yang menjadi teras Kerajaan MADANI akan terus diperkukuh bagi menjamin keharmonian, kestabilan dan kesejahteraan negara.

Kenyataan itu dimuat naik menerusi laman Facebook beliau bersempena Sambutan Ulang Tahun Wilayah Persekutuan, sambil mengucapkan selamat menyambut ulang tahun berkenaan kepada seluruh warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan