fb fb fb fb fb

Pembangunan menara komunikasi projek JENDELA capai 30 peratus kemajuan

Teo Nie Ching ketika melawat tapak Projek Menara Komunikasi Kampung Murni Jaya 2, dan Kampung Tersusun Murni Jaya, di Kulai, Johor

KULAI, 19 Julai- Pembangunan 1,661 menara komunikasi bawah projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dimulakan sejak 2020, kini mencapai 30 peratus kemajuan.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, jumlah tersebut melibatkan 492 menara yang telah beroperasi sepenuhnya.

Selain itu, katanya 716 menara komunikasi juga telah siap dibina, dan kini sedang dalam proses pengoperasian.

"Mungkin ada kawasan khas di Sabah dan Sarawak, kami perlu mengguna satelit untuk memberi perkhidmatan komunikasi kepada penduduk, terutamanya kawasan pedalaman. Sebab kalau kita MAHU menggunakan gentian optik, memerlukan waktu yang agak panjang,"katanya.

Setakat ini katanya, capaian internet telah mencapai 93 peratus kawasan di seluruh negara.

Beliau berkata demikian selepas melawat tapak Projek Menara Komunikasi Kampung Murni Jaya 2, dan Kampung Tersusun Murni Jaya, di Kulai, Johor.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE