SERDANG, 20 Januari - Seramai 1,448 graduan Kolej Profesional Baitulmal (KPB) Kuala Lumpur milik penuh Majilis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berjaya menamatkan pengajian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata anak-anak asnaf itu dibantu melanjutkan pelajaran dalam bidang yang mendapat permintaan tinggi di pasaran agar dapat membantu keluarga keluar daripada kemiskinan.
"Kita hendak pastikan supaya golongan asnaf ini dapat keluar dari kepompong kemiskinan, harapan kita agar mereka ini satu masa akan dapat keluarkan zakat. Jadi pada MAIWP, pendidikan adalah merupakan antara perkara yang sangat penting," katanya.
Ketika berucap pada Majlis Konvokesyen kali ke-16 kolej tersebut, Mohd Na’im turut memaklumkan untuk tahun ini, lebih RM3 juta peruntukan disediakan MAIWP untuk bayaran sewaan kediaman mahasiswa untuk pelajar asnaf di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam negara.
Selain lebih RM2 juta Bantuan Biasiswa Insentif Khas pelajar melibatkan 3,227 penerima.