KUALA LUMPUR, 18 Mei- RM72.5 juta diperuntuk menerusi Rancangan Malaysia ke-12 bagi projek pembangunan baharu fasiliti kesihatan di Terengganu.
Usaha tersebut, antara lima inisiatif diperkenal Kementerian Kesihatan; KKM bagi menambah baik perkhidmatan kesihatan di negeri tersebut.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menerusi kenyataan memaklumkan, "Klinik Kesihatan Hiliran, Kuala Terengganu bakal menerima peruntukan tambahan RM17 juta untuk menyiapkan Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar."
Manakala, "tiga klinik terjejas banjir akan menerima peruntukan khas RM500,000."
Hospital Dungun yang diklasifikasikan sebagai projek sakit akan disiapkan tahun ini, selain 53 buah klinik daif juga menerima dana RM8.9 juta.
Zaliha menjelaskan, kesemua inisiatif itu bakal meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan selari dengan pembangunan Kertas Putih Kesihatan.
(Foto hiasan)