fb fb fb fb fb

Pembangunan 'chatbot' dalam aplikasi WhatsApp kini diperingkat akhir perbincangan - Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 11 Jun - Pembangunan kemudahan 'chatbot' dalam aplikasi WhatsApp bagi mengekang penularan berita palsu kini berada diperingkat akhir perbincangan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pihaknya akan meneruskan siri perbincangan bersama-sama Meta Platforms Inc (Meta) dalam masa terdekat.

Katanya Meta turut mengemukakan beberapa syarat yang sedang diteliti kementerian bagi pembangunan chatbot berkenaan.

"Waktu ini ada beberapa isu teknikal sedang ditelti dan kita sedang usahakan untuk pastikan aplikasi itu dapat menjawab isu-isu yang dibangkitkan dalam pelbagai bahasa seperi Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan sebagainya," kata Fahmi.

Beliau menjelaskannya dalam sidang media selepas berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, di sini.

Dalam pada itu Fahmi berkata, penyampaian maklumat kepada Komuniti Madani digalakkan untuk menggunakan bahasa tempatan termasuk dialek daerah setempat.

Langkah itu bertujuan memastikan dasar dan program kerajaan mudah difahami golongan sasar.

"Kita perlu pastikan mesej yang disampaikan bukan hanya bahasa rasmi sahaja tetapi dalam bentuk yang mudah difaham diperingkat akar umbi.

"Perlu menggunakan dan loghat daerah dan dalek tertentu bagi memastikan ia sampai. Contohnya di Pulau Bumbum, Semporna yang sesuai dengan komuniti di situ dapat diterjermah dan disampaikan dengan sangat mudah difahami penduduk setempat," katanya.

Fahmi turut menggesa warga Kementerian Komunikasi supaya membantu kementerian lain bagi menyampaikan mesej berkaitan dasar dan program kerajaan sampai kepada kumpulan sasar.

TETITIA YUSOFF