fb fb fb fb fb

Pembaikan 800 jalan berlubang Johor siap dalam dua hari

Foto RTM

JOHOR BAHARU, 23 Mac-Kerja pembaikan jalan berlubang di Johor, yang rosak akibat banjir dijangka selesai dalam tempoh dua hari.

Kerja-kerja berkenaan bermula hari ini, melibatkan kira - kira 800 lokasi tumpuan.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, pembaikan melibatkan lima daerah terjejas banjir, dengan nilai keseluruhan RM560,000

"Ini bukan sahaja kita nak selesaikan masalah jalan berlubang. Kita ambil juga peluang cuaca baik sehari dua hari ini.

"Insya- Allah dan kita dapat selesaikan 800 lokasi.Jadi kita fokus juga kawasan-kawasan yg menjadi tumpuan hari raya. Itu tugas-tugas khas yang kita buat sempena pascabanjir", katanya demikian semasa meninjau salah satu lokasi jalan rosak di Jalan Besar, Pasir Gudang, di sini.

Dalam pada itu, Mohamad Fazli turut memberitahu, pihaknya akan mengenalpasti langkah penyelesaian berhubung kerosakan struktur penghubung jambatan di Kampung FELDA Air Tawar Satu, dan Jambatan Sungai Layau, sebelum kerja pembaikan dijalankan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD