fb fb fb fb fb

Pembaharuan Parlimen, pastikan kewibawaan sejajar fungsi - Johari

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul

KUALA LUMPUR, 19 Februari - Pembaharuan akan dilaksanakan bagi memastikan kedudukan Parlimen terus berwibawa sejajar fungsinya sebagai badan menggubal undang-undang Malaysia.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata justeru, Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang bakal berlangsung akan dijalankan dengan lebih serius serta menjadikan keberadaannya lebih mulia.

"Memastikan perjalanan Parlimen seperti Parlimen bertaraf dunia, tidak lagi sebagai suatu yang boleh menjadi tempat yang di tempelak oleh masyarakat.

"Parlimen menjadi tempat termulia, sebab kita buat undang-undang dan undang- undang itu bukan sahaja terpakai oleh kita, tetapi juga seluruh rakyat di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena perjumpaan bersama ketua pengarang media dan agensi, berkaitan pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Parlimen, di sini.

Tambah Johari, tindakan tegas turut akan dikenakan terhadap mana-mana ahli Parlimen yang melanggar peraturan Dewan selepas ini.

Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen ke-15 bakal berlangsung mulai 26 Februari hingga 27 Mac ini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN