fb fb fb fb fb

Pemasangan pam sementara di Jalan Semazau, usaha kurangkan banjir

Foto BERNAMA

KLANG, 30 Mei- Pemasangan pam sementara di Jalan Semazau bagi mengelak air bertakung antara usaha mengurangkan insiden banjir di Bandar Bukit Raja, Klang.

Beberapa kolam tadahan sementara turut disediakan bagi langkah jangka pendek Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) bersama-sama agensi penguat kuasa lain serta pemaju.

Timbalan Datuk Bandar MBDK, Mohd Zary Affendi Mohd Arif berkata tindakan itu berdasarkan keputusan mesyuarat kali pertama berhubung isu banjir di kawasan berkenaan pada 15 Mei lalu.

Penyelesaian jangka panjang pula, daerah Klang turut terlibat dalam pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir di bawah kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah banjir di sekitar daerah berkenaan.

Jumaat lalu, penduduk Bandar Bukit Raja menyerahkan memorandum menggesa kerajaan negeri menyelesaikan isu banjir di kawasan perumahan mereka terutama di fasa satu dan dua.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM