fb fb fb fb fb

Pemasangan landasan ECRL fasa 3, bermula bulan depan

FOTO FAIL

MARAN, 13 Jun - Kerja-kerja pemasangan landasan bagi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) fasa tiga melibatkan laluan Dungun, Terengganu ke Kota Bharu, Kelantan akan dimulakan pada Julai depan dan dijangka siap pada Mac 2025.

Timbalan Pengurus Besar Projek, Seksyen 10, China Communications Construction (ECRL) Sendirian Berhad (CCC-ECRL), Chen Jian berkata, projek fasa tiga itu melibatkan laluan sepanjang 206 kilometer.

"Jaringan kemajuan bahagian B dari Dungun ke Maran jumlah panjang kira-kira 186 kilometer (km) kini kami telah siapkan tadi. Kami telah mengikut lorong trek 100 meter.

"Jumlah penyelesaian kami kini telah mencapai 33 peratus dan jangka selama ini. Mulakan jejak pada fasa 3 pada Julai, jadi hari ini kami telah menyelesaikan kawasan ini dan kami akan memindahkan mesin jejak kami sebelum hujung bulan ini," kata Chen Jian kepada pemberita, di sini.

Katanya, kerja-kerja pemasangan landasan bagi laluan Kuantan Port City (KPC) di Gebeng, Pahang dan Dungun, Terengganu sepanjang 90 kilometer, telah disiapkan sebulan lebih awal daripada jadual.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook optimis projek ECRL akan dapat disiapkan mengikut jadual iaitu pada Disember 2026 sebelum mula beroperasi pada Januari 2027.

Projek yang menghubungkan pantai timur dan barat Semenanjung Malaysia sepanjang 665 kilometer itu, telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, merangkumi kerja-kerja infrastruktur seperti pemasangan rasuk jejambat, pemasangan landasan, pembinaan stesen dan pembinaan depot kereta api.

TETITIA YUSOFF