fb fb fb fb fb

Pemasangan landasan ECRL bermula akhir tahun

KUALA LUMPUR, 18 Mei- Pemasangan landasan pertama Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan laluan dari Gebeng, Pahang menghala ke Dungun, Terengganu dijadual bermula akhir tahun ini.

Ia melibatkan laluan sepanjang 90 kilometer.

Pengurus Pembinaan Wilayah (Pahang) Malaysia Rail Link Sdn Bhd, Khairi Khalid Abdul Rahman memaklumkan, "pemasangan dijangka siap antara tiga ke empat bulan.

"Ia kemudian diteruskan dari Gebeng ke Maran dengan jangkaan pemasangan sepanjang 1.5 kilometer."

Kerja pemasangan bermula di Gebeng kerana material yang digunakan termasuk mesin pemasangan landasan adalah dari China dan selari dengan perancangan projek.

Bagi kerja penembusan Terowong Berkembar Genting pula, setakat ini kerja pengorekan terowong yang merentasi Banjaran Titiwangsa telah mencapai lebih 2.5 kilometer bagi setiap satu terowong.

Ia akan menjadi terowong rel terpanjang di Asia Tenggara apabila siap kelak.

(Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL))

Media Baharu