fb fb fb fb fb

Pemandu, sembilan pemumpang nyaris maut bas terbakar

BALING, 31 Ogos- Tindakan pantas seorang pemandu kereta memaklumkan terdapat percikan api di belakang sebuah bas yang diekorinya berjaya menyelamatkan seorang pemandu dan sembilan penumpang daripada kebakaran.

Kejadian berlaku berhampiran pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Ketil di sini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Aman Jaya, Pegawai Bomba Kanan II Nordin Arshad berkata, kejadian berlaku semasa bas dipandu seorang lelaki berumur 56 tahun membawa lima penumpang perempuan dan empat penumpang lelaki dari Sungai Petani ke Baling.

"Panggilan kecemasan diterima melalui sistem MERS999 pada pukul 4.11 petang tadi.

Sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah bas sedang terbakar hampir 90 peratus," katanya menerusi kenyataan.

(Anggota bomba melakukan kerja-kerja pemadaman sebaik tiba di lokasi kejadian)

Tambah beliau, kerja-kerja pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran salur bantu mula air daripada tangki sebuah jentera dan sebuah lagi jentera Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kuala Ketil.

Api berjaya dipadamkan secara keseluruhan pada pukul 5.20 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati percikan api mula kelihatan di bahagian belakang bas itu yang menempatkan enjin kenderaan berat terbabit.

Media Baharu