fb fb fb fb fb

Pemandu rentung, kereta terbabas sebelum terbakar di Lebuhraya Senai-Desaru

FOTO IPD JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 16 Mac- Seorang pemandu rentung, selepas keretanya terbabas dan terbakar di kilometer 11.5 Lebuhraya Senai-Desaru, Johor Bahru, Johor pada pukul 4.00 pagi semalam.

Mangsa, lelaki berusia 44 tahun itu dilaporkan dalam perjalanan dari arah Ulu Tiram ke Senai, sebelum hilang kawalan dan terbabas, sebelum terbakar.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Penolong Pseuruhjaya Polis (ACP) Raub Selamat berkata, akibat pelanggaran, mangsa yang terperangkap tidak sempat menyelamatkan diri.

Mayat mangsa kemudian dikeluarkan pihak bomba.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE